Thursday, September 29, 2011

Kata hatiku

Aku tak pernah berniat melukakan hatimu, apatah lagi menyalahkanmu atas kesalahan yang bukan milikmu. Juga tak berniat menuntut pengorbananmu setelah sekian lama hidupku.

Cuma yang kuinginkan pengertian, dan kesempatan. Izinkan aku berdiri atas namaku sendiri. Izinkan aku mengatur susur galur jalan hidupku sendiri. Izinkan aku punya citarasa sendiri, kepercayaan sendiri atas kemampuan sendiri. Bukan aku tak perlu dirimu, apatah lagi tak menginginkanmu. Aku sedar, siapalah diri ini tanpamu. Tapi berilah kepercayaan padaku untuk membahagiakan kita. Biar aku belajar dari kesilapan, biar aku kutip pengalaman sendiri.

Jangan hanya kerana aku inginkan sedikit ruang, aku terus dibuang. Jangan kerana aku minta kesempatan, aku terus disisihkan. Jika begitu, bukanlah aku hanya menyakitimu, malahan lebih-lebih lagi diriku. Tiada niat diri ini untuk mengingkari, tapi aku sudah punya tanggungjawab lain yang tak mampu aku ingkari.

Yang kumohon hanya pengertian darimu, jangan sampai kau membuang aku. Andai aku berdosa, biarlah hanya kepada Yang Maha Pengampun, kerana Dia pasti akan mengampunkan. Tapi andai aku berdosa padamu, aku mohon agar kau juga mengampuniku.