Seronoknya memasak kalau ada orang yang nak makan. Lagi seronok kalau makanan yang dimasak tu sedap. Mesti ramai yang puji. Sedapnyerrrr... letak apa dalam ni? Nak resepi boleh? Bolehla order untuk besday si polan si polan nanti. Hehehee... best best..
Tapi nak memasak tu sebenarnyer leceh.. nak memotong-motong tu okay lagi..sampai ke bab memasak. Bila sampai tang yang nak mengemas balik tu.. haiyaaa... basuh pinggan mangkuk, periuk belanga, kemas dapur.. adehhh.. kalau ada maid sedap la jugak.. kita main masak-masak, dia tukang kemas, sapu dapur, basuh pinggan, etc etc..
Lagi satu, nak cari resepi yang boleh dipakai pun susah jugak. Kita memasak kat rumah ni, kalau boleh nak yang bahan-bahannya simple dan readily available je dalam peti ais. Kalau bahan yang pelik sikit tu, mulalah rasa macam taknak masaklah. Susahlah.. Cari resepi lain je lah.. ade je resepi lain yang lebih simple untuk jenis masakan yang sama..
Hari ni nak masak kari ikan bawal. Ikan bawal ada 2 ekor dah keluarkan dari peti ais awal tadi. Sempatla nak lembutkan ikan sebelum masak ni. Karang potong-potong bawang, tomato, bendi bolehla start masak dah. Pukul 1 karang nak ambik anak pulak balik dari sekolah. Dah boleh ngap!! Rasa macam nak buat sambal ikan bilis la pulak.. SImple-simple jadi la... Nak kena cari resepi mudah ni.. Byeeeee...
Monday, October 3, 2011
Thursday, September 29, 2011
Kata hatiku
Aku tak pernah berniat melukakan hatimu, apatah lagi menyalahkanmu atas kesalahan yang bukan milikmu. Juga tak berniat menuntut pengorbananmu setelah sekian lama hidupku.
Cuma yang kuinginkan pengertian, dan kesempatan. Izinkan aku berdiri atas namaku sendiri. Izinkan aku mengatur susur galur jalan hidupku sendiri. Izinkan aku punya citarasa sendiri, kepercayaan sendiri atas kemampuan sendiri. Bukan aku tak perlu dirimu, apatah lagi tak menginginkanmu. Aku sedar, siapalah diri ini tanpamu. Tapi berilah kepercayaan padaku untuk membahagiakan kita. Biar aku belajar dari kesilapan, biar aku kutip pengalaman sendiri.
Jangan hanya kerana aku inginkan sedikit ruang, aku terus dibuang. Jangan kerana aku minta kesempatan, aku terus disisihkan. Jika begitu, bukanlah aku hanya menyakitimu, malahan lebih-lebih lagi diriku. Tiada niat diri ini untuk mengingkari, tapi aku sudah punya tanggungjawab lain yang tak mampu aku ingkari.
Yang kumohon hanya pengertian darimu, jangan sampai kau membuang aku. Andai aku berdosa, biarlah hanya kepada Yang Maha Pengampun, kerana Dia pasti akan mengampunkan. Tapi andai aku berdosa padamu, aku mohon agar kau juga mengampuniku.

Thursday, March 31, 2011
Korban cinta
Cinta itu memerlukan pengorbanan.. Kenyataan yang sangat-sangat bermakna dan benar.
Pengorbanan yang dituntut, kadang-kadang bukan sedikit dan bukan hanya sekali. Kadang-kadang untuk meraih cinta, juga perlu mengorbankan cinta. Amat payah bunyinya, tapi sesungguhnya amat benar.
Bukan niat dihati ingin menuntut pengorbanan, tapi itulah syarat untuk meraih bahagia. Mungkin seketika, mungkin selamanya. Mungkin pengorbanan ini hanya untuk sementara, tapi mungkin juga hingga menutup mata. Yang pasti, ada yang harus dikorbankan. Mungkin perasaan, mungkin material, mungkin juga masa depan.
Jika ingin bercinta, haruslah rela berkorban. Kerana cinta memerlukan pengorbanan.

Subscribe to:
Posts (Atom)