Thursday, May 20, 2010

hati.. tenang-tenang saja

duhai hati..lukakah dikau?
kalau luka apa puncanya?
kalau salah apa sebabnya?

duhai hati sakitkah dikau?
kalau sakit ubatkanlah ia
biar sembuh luka di dada

duhai hati tenang-tenang saja
lihatlah air di tasik yang tak berkocak
dicampak batu, batu tenggelam
hatta manusia boleh terbenam

duhai hati nantikan pelangi
selepas hujan yang lebat
serta guruh dan kilat
juga petir yang kuat
bila semuanya reda
pelangi kan muncul jua..

Wednesday, May 12, 2010

macam malas nak buat apa-apa.. tapi boring pulak kalau tak buat apa-apa.. macam nak keluar, tapi malas pulak nak keluar.. apa nak buat ekk.. macam nak buat keje, tapi nak buat keje apa?

malas ni memang penyakit yang takde ubat.. kalau dah malas, tidur pun malas. nak makan pun malas.. pendek kata semuala malas.

mmmm.. nak kene pegi pj ni, karang ade orang nak datang.. tapi malas nak keluar lagik.. boleh tak pejam mata je terus sampai? macam genie la pulak. tapi kalau boleh memang best pun..hehehe..

kalau la aku jadi orang kaya kan best..goyang kaki je..takyah keje. maklumla, kaya. kalau ada kilang buat duit kan best.. boleh cetak duit banyak2, takyah keje.. warghhh bestnyer..

Friday, May 7, 2010

.....

Bagaimana harusku mulakan kembali.. merangkai kata-kata menjadi ayat untuk kuluahkan hasrat. Jiwa meruntun ingin melepaskan sebuku perasaan tak terungkap.

Hati, tabahlah.. Usah diturutkan gundah. Jika kau sedih, aku terlebih lagi.. Jiwa, besarlah.. walau apa cubaan mendatang, hadapi dengan tenang dan tanpa resah.. Akal, waraslah.. Usah turut nafsu yang tak jemu bertualang..

Airmata jadi teman paling setia..tanpa jemu mengalir dan terus mengalir. Walau kadang tanpa diundang, setiamu tak terbilang. Temani aku selamanya sahabat.